Wednesday, December 30, 2009

Datuk 88 tahun belajar sekolah rendah



ABU BAKAR bergambar bersama rakan-rakan sekelasnya di Kano.


KANO, Nigeria - Seorang datuk berumur 88 tahun, Abubakar Muhammad Barinjimi di sini masih belajar di sebuah sekolah rendah swasta dengan cita-cita untuk memperoleh ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam tempoh 25 tahun.

Datuk kepada 60 orang cucu itu menaiki bas sekolah sejauh enam kilometer ke sekolah itu di sini untuk belajar bersama rakan-rakan sekelasnya yang berumur tujuh tahun.

Dua cucunya turut belajar di sekolah itu.

"Saya tekad memperoleh ijazah kedoktoran dalam bidang teologi sebelum meninggalkan dunia," kata Abubakar.

Digelar Baba yang bermaksud bapa oleh penduduk setempat, dia memasuki sekolah rendah itu tahun lalu bagi mempelajari bacaan al-Quran dengan betul sebagai prasyarat untuk menjadi pakar teologi.

Setelah memperoleh ijazah kelak, Abubakar bercita-cita untuk berdakwah mengenai Islam kepada orang bukan Islam yang bertutur dalam bahasa Inggeris.

Salah seorang anaknya, Sani Barinjimi berumur 42 tahun yang bertugas sebagai guru sebuah kolej berkata, dia dan saudaranya yang lain terkejut apabila bapanya mahu belajar.

Menurutnya, pihak keluarga memberikan bantuan kewangan dan sokongan kepada bapanya itu.

Jika masih hidup dan berjaya dalam peperiksaan, dia akan mendapat ijazah kedoktoran semasa berumur 120 tahun. - AFP

Tuesday, December 22, 2009

Piala Emas Raja-Raja - Pulun Kedah Pulun....

BHARIAN...

Kedah yakin misi julang Piala Emas

Oleh Shukri Matt Ali
bhsukan@bharian.com.my


Md Nur Safwan Md Zain

Mahu ubati luka tersingkir Piala Malaysia

KEDAH yang menempuh musim suram Liga Malaysia mengharapkan percaturan gandingan muka lama dan baru menjadi realiti dalam misi merampas takhta Puncak Piala Emas Raja-Raja apabila bertemu Perlis di Stadium Darulaman, Alor Setar, Isnin ini.

Selepas ketua jurulatih, Mohamad Ramlee, membuktikan percaturannya menjadi ketika tuan rumah mengalahkan Singapura 2-1 dalam separuh akhir kedua, Sabtu lalu, skuad itu dijangka menggunakan khidmat pemain sama untuk memastikan piala berkenaan tidak dibawa pulang ke negeri Indera Kayangan.


"Tiada rombakan besar akan berlaku kerana pemain sama yang membawa Kedah ke final berada dalam prestasi membanggakan untuk mencipta sejarah di gelanggang sendiri," kata pengurus pasukan Kedah, Firdaus Jaafar.

Menurutnya, kehadiran pemain berpengalaman Liga Super Kedah termasuk penjaga gol Muhammad Al-Hafiz Hamzah, Mohd Fazliata Taib, Mohd Faizal Abu Bakar, Mohammad Shafiq Jamal dan Mohd Sanny Mat Isa, banyak memberi ilham kepada kemantapan skuad itu.

"Selebihnya, pemain muda Piala Presiden seperti Mohammad Nizat Salleh, Mohd Wan Asraf Wan Ali, Md Nur Safwan Md Zain, Mohd Zulfaizham Kamis dan Muammar Nur Halim Rahim, berjaya mengekang lawan di posisi pertahanan dan tengah," katanya.

Firdaus berkata, skuad terakhir untuk beraksi dalam perlawanan akhir akan ditentukan Mohamad yang turut dibantu penolongnya, Idris Man dan Hussin Jaffar yang mengendalikan latihan intensif pra-final sejak kelmarin.

"Kami amat berharap perlawanan itu akan memberi kelebihan kerana perlawanan di gelanggang sendiri pasti menambah semangat kepada pemain," katanya.

Juara Puncak Piala Emas Raja-Raja 2009 akan menerima wang tunai RM30,000 berserta piala pusingan manakala naib juara, RM15,000.


KOSMO!!!

Kedah azam hadiahkan trofi kemenangan kepada peminat


MAHFUZ (empat dari kiri) memberi kata-kata semangat kepada pemain Kedah yang akan menentang Perlis pada perlawanan akhir Puncak Piala Emas Raja-Raja ke-69 di Stadium Darul Aman, Alor Setar semalam.


PEMAIN Kedah yang beraksi pada final Kejohanan Bola Sepak Puncak Piala Emas Raja-Raja 2009 menjanjikan aksi terbaik sekali gus mahu menghadiahkan peminat mereka piala kemenangan itu pada aksi di Stadium Darulaman, Alor Setar Isnin depan.

Kemenangan itu yang mampu dicapai juga sebagai bonus pemain kepada peminat setia bola sepak Kedah sekali gus menutup tirai 2009 dengan kejayaan setelah hampa tanpa sebarang piala skuad Liga Super Kedah musim ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah (PBSMK), Datuk Mahfuz Omar berkata, pengurusan tidak menjanjikan apa-apa insentif, namun berharap pemain boleh memberi bonus dengan memenangi piala itu.

Katanya, tawaran hadiah sebagai juara RM30,000 diharap menjadi pendorong kepada pemain untuk beraksi cemerlang sekali gus mengulangi kejayaan Kedah meraih piala itu pada 2005.

"Kita juga mahu muncul juara kerana mahu menghadiahkan kemenangan itu sempena keputeraan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Januari depan," katanya pada sidang media di pejabat persatuan itu di Alor Setar, semalam.

Pada final 2005 Kedah muncul juara setelah menewaskan Kelantan 2-1 pada aksi yang berlangsung di Kota Bharu.

Turut hadir Ketua Jurulatih, Mohamad Ramlee serta pemain.

Pada majlis itu pengurusan serta pemain turut menerima bonus berjumlah RM10,400 sebagai bonus melangkah ke perlawanan akhir kejohanan tersebut.

Dalam pada itu, penjaring utama pasukan, Mohd. Faizal Abu Bakar menjanjikan aksi terbaik dan berazam untuk menjaringkan gol sekali gus mencapai kemenangan untuk pasukan.

"Saya juga berharap dengan persefahaman dan kombinasi baik rakan sepasukan Kedah mampu meraih kemenangan," katanya yang menjaringkan enam gol sepanjang kejohanan itu.

Sementara itu, penjaga gol, Muhammad Al-Hafiz Hamzah pula berharap rakan-rakan dapat membentuk kerjasama berpasukan bagi menyekat gawang dibolosi pasukan lawan.

"Pemain jangan leka, tumpuan kepada perlawanan perlu diberi sehingga ke wisel penamat," katanya.

Seorang pemain berusia 18 tahun, Mohd. Arfan Rashid pula berharap kesungguhan dan semangat beraksi di gelanggang sendiri menjadi pendorong untuk berjaya.

"Diharapkan rakan-rakan dapat menyerap tekanan lebih-lebih lagi beraksi di tempat sendiri," katanya.

Selain wang tunai RM30,000 juara bakal membawa pulang piala pusingan manakala naib juara akan menerima wang tunai RM15,000.

Perlawanan akhir itu bermula 8.45 malam dengan tiket astaka utama dijual pada harga RM15, berbumbung (RM10) dan terbuka serta kanak-kanak (RM5).


UTUSAN MALAYSIA...

Kedah mahu tebus kehampaan skuad utama

ALOR SETAR - Pasukan Piala Emas Raja-Raja Kedah mahu menjadikan perlawanan akhir menentang Perlis di Stadium Darul Aman, Isnin ini sebagai medan untuk menebus kehampaan sukan bola sepak negeri ini yang hambar sepanjang musim 2009.

Selepas 'abangnya', skuad Liga Super Kedah gagal mempamerkan aksi memberangsangkan sepanjang musim 2009, anak buah Mohamed Ramlee kini mahu memastikan kejuaraan dalam kejohanan yang pernah dimenangi Kedah sebanyak enam kali itu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Negeri Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, pentas perlawanan akhir di gelanggang sendiri Isnin ini memberi ruang dan peluang kepada para pemain untuk menebus maruah bola sepak negeri.

Justeru, katanya, pemain-pemain telah memberikan janji untuk mempamerkan persembahan terbaik mereka dalam usaha meraih kejuaraan ketujuh selepas kali terakhir memenanginya empat tahun lalu.

Katanya, ia sekali gus sebagai 'bonus' kepada peminat dan pasukan bola sepak utama Kedah yang kempunan untuk menikmati kejuaraan selepas dinobatkan juara treble berganda sebelum ini.

"Kita mahukan gelaran juara Piala Emas Raja-Raja Edisi ke-69 sebagai hadiah penutup tirai musim ini dan penyuntik semangat kepada pasukan Liga Super Kedah untuk mengharungi saingan tahun depan," katanya.

Beliau bercakap pada sidang media sempena persiapan Kedah menjelang perlawanan akhir berkenaan di sini semalam.

Pada majlis itu, para pemain dan jurulatih serta pengurus pasukan Piala Emas Raja-Raja Kedah turut diberikan bonus keseluruhan RM10,400 berikutan kejayaan melangkah ke perlawanan akhir piala tersebut.

Mahfuz berkata, pertandingan Puncak Piala Emas Raja-Raja merupakan platform terbaik untuk melahirkan pemain pelapis kepada skuad bola sepak utama Kedah memandangkan kebanyakan pemain berusia bawah 23 tahun.

Malah katanya, beberapa pemain juga telah dikenal pasti untuk diserapkan ke pasukan Piala Presiden Kedah.

Sehubungan itu, Mahfuz berkata, para peminat dan penyokong bola sepak negeri ini diminta hadir membanjiri Stadium Darul Aman Isnin bagi memberi sokongan padu kepada skuad berkenaan.

"Sokongan kepada pasukan ini turut bermakna memberi sokongan kepada perkembangan bola sepak Kedah secara keseluruhannya," ujar beliau.


METRO...

Suntik semangat pemain

Oleh Irma Ernany Mohd
am@hmetro.com.my

BAGI menghargai kesungguhan pemain skuad Piala Emas Raja-Raja Kedah yang berjaya layak ke final, Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah (PBSMK) memberi imbuhan sebanyak RM500 seorang, semalam.

Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, imbuhan berkenaan diberikan sebagai menghargai semangat yang ditonjolkan pemain sepanjang perlawanan bagi kempen kali ini.

“Skuad Kedah sudah melalui beberapa perlawanan sengit seperti menentang Kelantan dan Singapura sebelum mara ke final dan ini adalah pencapaian besar buat mereka,” katanya pada majlis pemberian imbuhan itu di Stadium Darul Aman, Alor Star, semalam.

Beliau juga mengharapkan semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan pemain akan berterusan sehingga final demi memastikan mereka berjaya menjulang piala.

Sementara itu, penyerang muda Kedah, Mohd Faizal Abu Bakar yang berjaya menjaringkan enam gol sepanjang kempen Piala Emas Raja-Raja berkata, beliau mengharapkan kesefahaman yang dibentuk jurulatih bersama pemain lain akan dapat diteruskan bagi menjulang kejuaraan.
“Enam gol yang saya jaringkan adalah kerana kerjasama daripada pemain lain dan saya berharap agar momentum ini diteruskan,” katanya.


Perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja akan berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Star, Isnin ini dengan Kedah bakal bertemu dengan pasukan jiran, Perlis.

Kedah mara ke final selepas mengalahkan Singapura dengan agregat 3-2 manakala Perlis layak apabila mengatasi Johor dengan agregat 3-0.

Kali terakhir Kedah menjulang piala itu ialah pada 2005 selepas menumpaskan Kelantan 2-1.


Sunday, December 20, 2009

Wow..Arsenal Menang 3-0

Pada pukul 1.30 pagi waktu Malaysia,
20 Disember 2009,
Pasukan Arsenal menemui rentak kemenangan
dengan
menewas pasukan Hull City
dengan kemenangan bergaya 3-0...
Gol-gol Arsenal dijaringkan melalui
sepakan percuma cantik oleh Denilson,dikiuti dengan tolokan dengan bergaya Eduardo hasil hantaran lintang Diaby dan gol terakhir dijaringkan oleh
Diaby...
Pada perlawanan itu,Diaby nampak mengerakkan jentera
serangan Arsenal dengan gerakan yang menarik...
Jika dilihat dari serangan,Arsenal mampu menjaringkan lebih tiga gol...
Chelsea berkelebihan 5 mata dan Man United 2 mata...
Kekalahan Man Uinted 3-0 kepada Fulham
semalam memberi kelebihan Arsenal untuk memintas di tangga kedua kerana
Arsenal kekurangan satu perlawanan...
Perlawanan seterusnya adalah
bertemu dengan Aston Villa pada 27 Disember...
Perlawanan ini agak mencabar kerana
Aston Villa pasukan yang kental kerana sudah menundukkan dua pasukan elit
iaitu Chelsea dan Man United pada perlawanan
sebelum ini...
Diharap Arsenal dapat menyentap ego Aston Villa Pada perlawanan
yang akan datang ini...
Hidup Arsenal...

Wednesday, December 16, 2009

Seronok bila ada pengikut !!! Twitter....

Oleh ADHAM SHADAN

adham.shadan@kosmo.com.my

Jika kebanyakan laman sosial yang lain menggunakan istilah friends (kawan) bagi merujuk kenalan dalam laman, Twitter membahagikan kenalan dengan dua istilah iaitu followers (pengikut) dan following (orang yang kita ikut).




JIKA anda ingin mengetahui apakah perkataan yang paling popular pada tahun ini, topik artikel ini adalah jawapannya. Menurut Global Language Monitor, perkataan Twitter paling banyak digunakan di seluruh dunia pada tahun ini mengalahkan perkataan Obama dan H1N1.

Meskipun penggunaannya di Malaysia belum cukup meluas, namun Twitter yang merujuk kepada satu media rangkaian sosial atau perkhidmatan menulis blog mikro sudah menjadi fenomena di dunia.

Twitter mula dicipta oleh Jack Dorsey pada 2006. Tahun demi tahun, popularitinya meningkat dan ia mula menyaingi pesaingnya. Nielsen.com pernah melaporkan Twitter merupakan laman Internet yang paling pantas berkembang (bagi kategori laman komuniti) dengan peratusan kenaikan bulanannya 1,382 peratus, diikuti Zimbio 240 peratus dan Facebook 228 peratus.

Twitter meledak bagaikan satu letusan. Di Amerika Syarikat (AS) sahaja, daripada seramai 500,000 pengunjung pada Februari 2008, ia melonjak sehingga 23 juta pada Julai tahun ini.


DI Jepun, Twitter versi bahasa Jepun untuk telefon bimbit turut dihasilkan.


Selebriti

Digunakan oleh selebriti dan ahli politik berpengaruh dunia seperti Barack Obama, Lance Armstrong, Oprah Winfrey, Demi Moore dan Ashton Kutcher, ia sedikit sebanyak meningkatkan popularitinya.

Bukan sekadar menjadi medan untuk berkawan atau mencari kenalan baru, ia juga digunakan sebagai medium untuk mendapatkan informasi dan menjadi alat untuk pelbagai perkara. Twitter digunakan sebagai alat publisiti dalam pilihan raya Presiden AS 2008, digunakan oleh para pemprotes pilihan raya Presiden Iran 2009, digunakan untuk mengemas kini perkembangan wabak H1N1 dan memberi maklumat tentang serangan di Mumbai, India.

Kegilaan terhadapnya juga telah menyebabkan beberapa syarikat tampil dengan gajet khas melayari Twitter seperti TwitterPeek keluaran syarikat gajet digital Peek. Di Jepun, Twitter versi bahasa Jepun untuk telefon bimbit turut dihasilkan.


SHAFIQUE teruja berbicara tentang Twitter ketika ditemui di Petaling Jaya baru-baru ini.


Twitter secara asasnya digunakan untuk mengemas kini status pengguna. Dengan pertanyaan what's happenning?, anda boleh memberitahu semua orang apa yang sedang anda lakukan atau apa yang sedang berlaku. Ia bukan terhad kepada rakan anda sahaja. Sebab itulah, ada yang menyifatkannya sebagai kiriman sistem pesanan ringkas (SMS) ke seluruh dunia, jika mereka mahu membacanya.

Sebaik sahaja mendaftar sebagai pengguna Twitter, anda boleh menulis mesej yang dinamakan tweet. Setiap tweet hanya membolehkan anda menulis mesej ringkas sehingga 140 aksara.

Penulis buku, Alain de Button menyifatkan: "Menerima tweet ibarat seorang rakan sedang berbisik sesuatu ke telinga anda. Twitter bagai satu cara untuk anda memastikan yang anda terus berhubung dengan seseorang dan seseorang akan kekal bersama anda."

Pengasas bersama ImageShack, Jack Levin pula menggelar Twitter sebagai hibrid mesej segera (instant messenger) dan e-mel.

Followers dan Following

Di Malaysia, Twitter sudah mula meraih perhatian terutamanya sejak awal tahun ini. Simbol burung comel pada Twitter juga sudah semakin banyak dilihat terutamanya di laman-laman iklan.

Jika kebanyakan laman sosial yang lain menggunakan istilah friends (kawan) bagi merujuk kenalan dalam laman, Twitter membahagikan kenalan dengan dua istilah iaitu followers (pengikut) dan following (orang yang kita ikut).


PENGGUNA juga boleh mengetahui topik yang banyak diperkatakan orang menerusi Twitter dan mengirim gambar menerusi Twitpic.


Seorang blogger yang mula menggilai Twitter, Shafique Shuib, 23, menjelaskan, pengikut ialah individu-individu yang berminat untuk mengikuti perkembangan kita dan kita sanggup berkongsi maklumat dengan mereka. Tetapi, kita tidak memerlukan maklumat daripada diri mereka.




"Following pula ialah orang yang kita ingin mengikuti tentangnya. Maka, tweet yang dia tulis akan dikirimkan kepada kita dan tertera pada laman Twitter kita.

"Justeru, ada kenalan yang mungkin followers sahaja atau following sahaja dan ada yang menjadi kedua-duanya," jelas Shafique ketika ditemui di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Shafique mengakui, pada awalnya, dia juga berasa Twitter tidak menyeronokkan.

Tulis mesej penting

"Masa mula-mula menyertai Twitter, saya tidak faham apa yang menyeronokkan tentangnya. Sudahlah pada masa itu, tak ramai kawan yang ada Twitter. Jadi, saya tak tahu nak berborak dengan siapa.

"Saya tertanya-tanya juga, kalau saya tulis mesej, adakah orang akan baca. Jadi, pada satu hari, saya tulis satu mesej yang sangat bermakna. Tak sangka selepas itu, ada orang nak jadi 'pengikut' saya. Memang seronok bila sudah ada 'pengikut'," katanya yang kini sudah memiliki 239 followers dan 145 following. Antaranya, Sazzy Falak, Oprah, Ellen DeGeneres, Ashton Kutcher dan Demi Moore. Terdapat juga kenalan dari AS, Singapura dan Brunei.

Shafique secara tidak langsung menegaskan, itulah tip bagi mereka yang baru hendak memulakan Twitter. Tulis mesej yang benar-benar penting atau bermakna!

Shafique yang asalnya merupakan pengguna aktif Facebook berkata, kini dia lebih banyak meluangkan masa di Twitter berbanding Facebook.

"Kalau saya tidak menggunakan komputer riba, saya akan melayari Twitter dengan telefon BlackBerry saya," katanya.


BAGI Grace Look, individu yang lazim meminati Twitter ialah seorang yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.


Ditanya bagaimana untuk menambah kenalan, Shafique berkata selain pergi terus ke alamat halaman Twitter individu berkenaan, Twitter turut menganjurkan Follow Friday untuk mempromosikan kenalan-kenalan kita kepada orang lain pada hari Jumaat.

Menyifatkan Twitter sebagai kaedah menjenamakan diri, Shafique berkata, sebagai blogger, laman itu nyata membantu dalam meneruskan minat penulisan blog atau mempromosikan blog.

"Kadangkala saya tak sempat hendak menulis artikel yang panjang dalam blog. Jadi, saya hanya mengemas kini status di Twitter sahaja. Kalau saya sudah kemas kini blog, saya cuma tweet untuk beritahu bahawa saya sudah kemas kini blog. Kaedah ini dapat membantu menaikkan rating blog seseorang," katanya yang merupakan pemilik blog shafiqueshuib.com.

Ditanya tentang mesej tweet yang begitu ringkas, Shafique berkata, keadaan itu memerlukan pengguna untuk menulis maklumat yang dirasakan perlu sahaja.

"Ia tidak menjadi masalah sangat sebab kami boleh menggunakan bahasa ringkas SMS. Untuk berkongsi maklumat, kadang-kadang kami hanya memasukkan pautan ke laman web dan untuk berkongsi gambar, kami menggunakan laman Twitpic," katanya.

Shafique bagaimanapun mengingatkan pengguna Twitter agar tidak terlalu ghairah mengklik pada pautan yang dikirimkan seseorang kerana bimbang mengandungi virus.

Terbuka dan global

Sementara itu, pengguna Twitter, Grace Look, 22, berkata, sejak menyertai komuniti Twitter pada Mei lalu, dia merasakan Twitter adalah sebahagian sumber maklumatnya.

"Saya sangat suka Twitter. Sukar untuk saya mengatakan apa yang saya tidak suka tentangnya. Ia sangat terbuka dan global. Pernah saya bercadang hendak membeli komputer riba, lalu saya tulis mesej pertanyaan di Twitter, komputer riba bagaimana yang lebih baik? Tidak sangka ada orang jawab dan orang itu bukan kenalan saya.

"Dari situ, saya membina kenalan dan mengenal kepakaran kenalan-kenalan saya. Kemudian, saya mengkategorikan kenalan-kenalan mengikut kepakaran mereka menerusi aplikasi Tweetdeck," ujar eksekutif pemasaran itu yang kini mempunyai lebih 437 followers dan lebih 300 following.


MESEJ yang dihantar oleh kenalan following sahaja akan tertera pada laman Twitter individu kerana hanya perkembangan diri mereka sahaja yang ingin diikuti.


Lebih menyeronokkan Grace apabila novelis terkenal yang begitu diminatinya, Paulo Coelho menjadi pengikutnya (followers).

"Bermakna, bukan sahaja saya mengikuti perkembangannya, bahkan dia juga mengikuti perkembangan saya," ujarnya.

Ditanya siapakah yang lazim menjadi komuniti Twitter, Grace berkata, berdasarkan pandangan peribadinya, pengguna Twitter ialah individu yang mempunyai sifat ingin tahu dan up to date.

"Twitter bukan sahaja tempat untuk individu berhubung atau memastikan dirinya tidak berjauhan dengan rakan dan kenalan tetapi juga tempat untuk bertanya dan mengetahui banyak perkara," katanya.

Arsenal 1 Burnley 1


Pada malam tadi waktu Malaysia,
pasukan Arsenal telah bertemu dengan
pasukan pertengahan liga iaitu pasukan Burnley...
Walaupun Arsenal hanya sekadar seri,
namun pasukan Arsenal telah melonjak naik
satu anak tangga di tempat ketiga dengan masih
kekurangan satu perlawanan...
Perlawanan malam tadi,nyata nasib tidak
menyebelahi skuad Arsenal dengan serangan
yang bertali arus pada 15 minit pertama
namun begitu hanya satu gol dihasilkan...
Gol tersebut dijaringkan oleh
Cesc Fabregras pada minit ke-7...
Kemudian pada minit ke-27,Thomas Vermaeleen
telah menjatuhkan Bikey
dalam kotak penalti...
Seterusnya,pengadil menghadiahkan
penalti kepada skuad Burnley...
Pemain Burnley, Graham Alexander's
menyempurnakan penalti itu dengan tenang pada
minit ke-28...
Keputusan seri ini menjejaskan buruan Arsenal untuk
mengurangkan defisit mata dengan
pendahulu Chelsea dan Man U...



Harapan Rakyat Malaysia !!!


Pada hari ini,17 Disember akan menjadi kenangan yang manis kepada
seluruh rakyat Malaysia jika Skuad bola sepak membolot pingat Emas.
Skuad bola sepak Malaysia akan turun pada pukul 6 petang ini iaitu pertemuan akhir
dengan pasukan Vietnam
dalam misi harapan menebus kembali maruah
Skuad bola sepak Malaysia yang prestasinya merudum ketika ini...

TV2 dan TV3 akan membuat siaran langsung.
Sama-samalah kita menyokong skuad bola sepak kita ini...
Sekurangnya,kemenangan ini mengembalikan sokongan dari
seluruh peminat tanah air....
Dijangkakan skuad kemungkinan yang akan turun petang ini adalah,
~ Ahmad Sharbinee Allawee ~
~ Aidil Zafuan Abdul Radzak ~
~ Mohd. Muslim Ahmad ~
~ Mohd. Nasriq Baharom~
~ Mohd. Sabree Mat Abu ~
~ Safiq Rahim ~
~ Baddrol Bakhtiar ~
~ Ahmad Fakri Saarani ~
~ K. Gurusamy ~
~ S. Kunanlan ~
~ Norshahrul Idlan Talaha ~
Jika mereka meneruskan rentak perlawanan ketika bertemu Laos
aku percaya Malaysia boleh mengungguli perlawanan
akhir ini...
Mereka juga kena lupakan kekalahan pada
peringkat kumpulan lalu kepada Vietnam...
Emosi juga kena jaga...
Harapan skuad bola sepak kita boleh menamatkan
kemarau pingat Emas Sukan Sea selama 20 tahun ini...
InsyaALLAH petang ini Malaysia boleh menang...
Pada jangkaan saya,
[ MALAYSIA 2 - VIETNAM 1 ]

Monday, December 14, 2009

Tahniah Pasukan Bola Sepak B-23 Malaysia!!



Tahniah Pasukan Bola Sepak B-23 Malaysia kerana berjaya
melangkah ke peringkat akhir dengan kemenangan yang bergaya
ke atas pasukan Laos...
Kemenangan 3-1 ke atas pasukan Laos sebenarnya
memberi satu suntikan semangat yang baru dalam persada sukan bola sepak tanah air...
Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh pemain sayap yang berasal dari Kedah iaitu
Baddrol Bakhtiar pada seawal minit yang ke-12 dengan jaringan yang cantik...
Kemudian beliau menambah satu lagi jaringan pada minit ke-78 dengan merembat masuk hasil bola muntah hasil sepakan K.Gunalan...
Serangan Laos yang bertali arus juga tersentak apabila jaringan ketiga oleh
Shafik Rahim pada minit ke-84...
Pasukan Laos hanya menjaringkan satu gol...
Rakyat Malaysia mengharapkan Pasukan Bola Sepak Sukan Sea
kali ini dapat memberi satu kejayaan dengan memenangi
pingat emas,seterusnya mengubat kedukaan penyokong-penyokong setia
kini amat dahagakan kejayaan itu...
Kali terakhir Malaysia memenanginya pada Tahun 1989...Pada Waktu itu,
Malaysia menundukan Singapura 3-1...
Emas bola sepak adalah amat bermakna kerana ia adalah kemuncak
bagi Sukan Sea ini...
1 Malaysia Boleh!!!

Sunday, December 13, 2009

Woh..Arsenal Menang 2-1 Dengan Liverpool...


Nampak gayanya,pasukan kegemaran aku
telah mengalahkan pasukan Liverpool yang penuh
dengan permasalahan...haha
Permainan yang agak seimbang pada pertemuan kali ini...
Tahniah kepada Arshavin kerana menjaringkan gol kemenangan
pada minit ke-58...
Pada separuh masa pertama,Arsenal dapat membuat beberapa percubaan...
Kawalan ketat oleh pemain-pemain Liverpool
menyukarkan Nasri dan Fabregras melorongkan bola kepada Arshavin...
Kedua-dua pasukan juga bermain dalam keadaan berhati-hati sehingga gol
Kuyt pada minit ke-41...
Setelah gol tersebut permainan semakin rancak,masing-masing membuat serangan balas sehinggalah tamat separuh masa pertama...
Separuh masa kedua,jentera Arsenal membuat serangan
yang lebih tersusun untuk mencari gol penyamaan...
Gol penyamaan yang dicari menjelma apabila jaringan sendiri
yang dilakukan oleh Johnson pada minit yang ke-50
telah memberi satu suntikan semangat kepada pasukan Arsenal
untuk memburu kemenangan...
Serangan balas Arsenal pada minit ke 58 berhasil apabila Arshavin
berjaya melepasi kawalan Johnson dengan merembat hantaran
Fabregras untuk memastikan gol kemenangan kepada Arsenal...
Steady Arsenal...
Dalam kedudukan sekarang,Arsenal ditempat yang ketiga dengan 31 mata di belakang Chelsea 37 mata dan Manchester United 34 mata...
Walaubagaimanapun,Arsenal masih kekurangan satu perlawanan dari dua pendahulu itu...
Liverpool di tangga yang ke ke 7 iaitu hanya kekadar memungut 24 mata...
Selepas ini,Arsenal akan bertemu Burnley pada 16 Disember...
Diharap pemain-pemain Arsenal dapat meneruskan
rentak kemenangan dalam memburu kejuaraan pada kali ini...

Friday, December 11, 2009

Azmie Daniel Bin Idris



Assalamualaikum semua....
Hari nie aku nak membuat pengumuman bahawa
sahabat aku Azmie Daniel Bin Idris akan menglangsungkan
upacara pernikahannya pada esok hari 13 Disember dengan bakal teman hidupnya Siti Shahidah Binti Md Saad di Bukit Merah...
Dikesempatan ini,aku mengucapkan Selamat Bernikah
kepada sahabat aku nie...
Lepas nie xbujang lagi noh...=)
so,aku nak menyampaikan
satu pantun bersempena majlis penikahan
sahabatku ini

Masak mi wap berkepul
Guna penyejat si kayu jati
Hari ini kita berkumpul
Menyampaikan hajat di dalam hati

Ke Seberang Takir membeli cermin
Beli ikan dimasak gulai
Cinta berakhir di jinjing pelamin
Sama segak kedua mempelai

Dari Johor ke kuala Kedah
Dagang merantau beratus batu
Surat sudah, SMS pun sudah
Sudah kawin masih begitu

Kain sekayu itulah ukurannya
Kain songket berbenang emas
Berbaju Melayu sama segaknya
Berdandan berlokek berselendang emas

Pokok pulai tidak berduri
Di buat bumbung luas melebar
Dua mempelai berseri-seri
Dua jantung berdebar-debar

Seronok mengadap beramai-ramai
Masing-masing dengan lakunya
Jemput pengantin makan berdamai
Semoga bahagia selama-lamanya

Dalam gelap durian gugur
Dikumpul dapat berpikul-pikul
Kalau tersilap boleh ditegur
Jangan pula dipukul-pukul

Malam hari memasang damar
Menangkap ikan di tepi titi
Suami isteri mesti bersabar
Kekal rukun damai dihati
(sumber : http://istimewa2u.blogspot.com)

Thursday, December 10, 2009

Penipuan Sains Barat Kepada Negara Islam

Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh. Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini “Janganlah kamu makan organ dalaman” . Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:


1. Hati
2. Paru-paru
3. Perut
4. Hempedal
5. Buah pinggang
6. Jantung
7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. Telur ikan
9. etc.

Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini . Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?

Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.

Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah . Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam . Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut.

Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya . Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot . Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.

Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya . Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas . Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun . Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?

Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7. Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun . Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.

Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.

Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital .

Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama . Arwah guru saya menasihati agar:
1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya
2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya
3. Elakkan minuman bergas
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
6. Makan buah delima (more Info)
7. Makan epal hijau

Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata , akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah . Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.

Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia . Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).

Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja . Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati . Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan .

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan Rasul Nya saja yang mengetahui dengan tepat . Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun . Subhanallah.

Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden . Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati .

Tuesday, December 8, 2009

Kes penipuan SMS tersebar luas di utara

KULIM - Sekarang ini pelbagai cara dilakukan sindiket tertentu untuk menipu pelanggan dikesan setiap hari dan ada antaranya sanggup menggunakan nama syarikat minuman terkemuka semata-mata untuk mengelirukan mangsa.

Baru-baru ini satu lagi kes penipuan SMS dikesan melalui pesanan ringkas (SMS) yang tersebar luas sekitar Kedah dan Pulau Pinang yang mana si pengirim akan menghantar SMS yang bertulis ‘Tahniah! Simcard anda telah berjaya dalam :cabutan bertuah wang RM10,000 dari (sebuah syarikat minuman).

Sinar Harian mengupas penipuan yang dilakukan sindiket tidak bertanggungjawab ini. Melalui perbualan telefon terhadap nombor yang diberikan pengirim SMS, didapati talian itu digunakan seorang lelaki berbangsa Indonesia.

Dalam perbualan yang dirakam, sindiket itu bersungguh-sungguh meyakinkan si pemanggil bahawa dia telah memenangi cabutan simcard bertuah dan berjaya memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 hingga RM17,000.

Sindiket tersebut juga ada menyebut oleh kerana kesuntukan masa untuk menghantarkan hadiah kepada pemenang, mereka berkehendakkan nombor akuan bank mangsa untuk mereka memasukkan wang yang dimenangi.

Menyedari diri mereka diaju pelbagai soalan oleh wartawan Sinar Harian, sindiket tersebut mengesyaki panggilan itu dibuat polis dan kemudiannya melemparkan kata-kata kesat sebelum memutuskan talian.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh berkata, sindiket ini cuba memperdayakan mangsa dengan menggunakan nama syarikat tertentu bertujuan mendapatkan nombor akaun mangsa.

Menurut beliau, sebelum ini terlalu banyak mangsa yang terpedaya dengan tipu helah dilakukan tetapi setelah pendedahan meluas dibuat pihak media mengenai penipuan mereka ini, mangsa lebih berhati-hati. Beliau tidak menafikan sebelum ini banyak laporan polis dibuat daripada mangsa.

“Apa sahaja jenis hadiah atau habuan ditawarkan melalui SMS adalah satu penipuan. Ia dilakukan bertujuan untuk menipu mangsa. Mereka akan cuba memperdaya mangsa dan pada akhir perbualan mereka akan meminta nombor akuan mangsa dan mendakwa akan memasukkan wang yang dimenangi itu ke dalam akaun.

“Mangsa yang terpedaya akan mengikut apa diarahkan dan akhirnya wang di dalam akuan mereka lesap. Sebelum ini, penipuan yang dilakukan oleh sindiket melalui SMS berjaya meyakinkan beberapa mangsa. Peranan media dan polis yang sering mendedahkan mengenai kes ini melalui akhbar dan televisyen menyedarkan masyarakat bahawa tawaran yang dibuat adalah satu penipuan,” katanya.

Beliau menasihatkan kepada semua yang pernah menerima SMS mendakwa mereka memenangi wang tunai, agar tidak terpedaya dengan apa dikirim.

Menurut beliau, masih ada dalam kalangan mangsa yang tertipu dengan muslihat sindiket terbabit sehingga memberikan butir-butir peribadi kepada mereka dan akhirnya mengalami kerugian besar.

Monday, December 7, 2009

TENTANG KEROPOK ROTA

Ini ada antara makanan ringan yang agak glamour di dalam pasaran sekarang... So,anda semua kenalah berhati-hati kerana menurut sumber keropok ini mengandungi lemak babi...

GAJAH vs PANDA

Gambar ini aku ambil dari laman sosial facebook saudara hafiz zainuddin... Tertarik aku melihat gambar ini... Kelakar pn ada,teruja pn ada... Dimana rasionalnya gajah-gajah ini diperlakukan sebegini...haha 3 ekor gajah yang nak ditransformkan kepada panda... Kalau tol2 ada benda nie susah nak bagi nama nie... comel la...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails