Wednesday, June 3, 2009

TIPU DAYA SYAITAN KETIKA MAUT

SYAITAN dan iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan
memperdayakan manusia sejak terjadinya dengan setitik mani sehingga ke
akhir hayat seseorang hamba Allah itu.

Malah, paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul
maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi
tujuh
golongan dan rombongan.

Hadis Rasulullah s.a.w menerangkan yang bermaksud: "Ya Allah, aku
berlindung dengan Engkau daripada perdaya syaitan di waktu maut."


Rombongan Satu -
Datang iblis dengan banyaknya serta pelbagai rupa yang pelik dan aneh
seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman
yang
lazat.

Disebabkan orang dalam sakaratul maut itu pada masa hidupnya tamak dan
haloba kepada barang-barang itu, maka diraba dan disentuhnya barangan
iblis
itu, dan pada waktu itu nyawanya terputus dari tubuh.

Inilah dikatakan mati lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. Inilah jenis
mati
fasik dan munafik, dan ke nerakalah tempatnya.


Rombongan Dua -
Datang iblis kepada orang dalam sakaratul maut itu dengan menyerupai
binatang ditakuti seperti harimau, singa, ular dan kala jengking
berbisa.

Apabila orang dalam sakaratul maut itu memandang binatang itu, dia pun
meraung dan melompat sekuat hati. Seketika itu juga akan putus nyawa
dari
badannya. Maka matinya disebut sebagai mati lalai dan mati dalam
keadaan
lupa kepada Allah s.w.t.

Matinya sebagai fasik dan munafik, dan ke nerakalah tempatnya.


Rombongan Tiga -
Datang iblis mengacau dan memperdayakan orang dalam sakaratul maut
dengan
menyerupai binatang yang menjadi minat orang hendak mati itu. Kalau
orang
itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung dan jika dia
minat
dengan kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan kuda lumba
(judi).

Jika dia minat dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung
yang
cantik. Apabila tangan orang itu meraba-raba binatang kesayangan itu
dan
waktu tengah meraba-raba itu dia mati, maka matinya dalam keadaan lalai
dan
lupa kepada Allah s.w.t. Matinya adalah mati fasik dan munafik, dan
nerakalah tempatnya.


Rombongan Empat -
Datang iblis menyerupai orang paling dibenci oleh orang yang akan mati,
seperti musuhnya ketika hidupnya. Orang dalam sakaratul maut itu akan
menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang
dibencinya.

Waktu itulah maut datang dan matilah ia sebagai mati fasik dan munafik,
dan
nerakalah tempatnya.


Rombongan Lima -
Datang iblis menyerupai sanak-saudara orang hendak mati itu, seperti
ayah
ibunya, dengan membawa makanan dan minuman. Orang dalam sakaratul maut
itu
sangat mengharapkan minuman dan makanan, lalu dia menghulurkan
tangannya
untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa iblis yang menyerupai
si
ayah dan ibu.

Ikut pelawaan -
Berkata ia dengan merayu: "Wahai anakku, ini saja makanan dan bekalan
yang
kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami
dan
menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan
marilah bersama kami masuk ke dalam syurga."

Dia pun sudi mengikut pelawaan itu tanpa berfikir lagi, ketika itu
waktu
matinya sampai, lalu matilah dia dalam keadaan kafir, kekal ia dalam
neraka
dan terhapus semua amal kebajikan semasa hidupnya.


Rombongan Enam -
Datang iblis menyerupai ulama yang membawa banyak kitab, lalu berkata
ia:
"Wahai muridku, lama sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk
kami
pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini. Oleh itu kami bawakan kepada
kamu
doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu."

Lalu diminumnya ubat itu, maka hilang rasa penyakit itu, kemudian
penyakit
itu datang kembali. Lalu datang pula iblis menyerupai ulama dengan
berkata:
"Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat supaya kamu mati
dalam
keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?"

Berkata orang dalam sakaratul maut itu: "Aku tidak tahu."

Ulama iblis kemudian berkata: "Ketahuilah, aku ulama yang tinggi dan
hebat,
baru kembali dari alam ghaib dan mendapat syurga yang tinggi.

"Cuba kamu lihat syurga yang disediakan untukmu, kalau kamu hendak
mengetahui zat Allah s.w.t hendaklah kamu patuh kepada kami."

Ketika itu orang dalam sakaratul maut itu memandang ke kanan dan ke
kiri
dan dilihatnya semua sanak-saudaranya dalam kesenangan syurga (syurga
palsu
yang dibentangkan iblis bagi mengacau orang dalam sakaratul maut).

Kemudian orang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulama palsu:
"Bagaimanakah zat Allah?" Iblis berasa gembira apabila jeratnya
mengena.
Lalu berkata ulama palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan
dibuka kepadamu."

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni
itu,
orang dalam sakaratul maut itu dapat melihat satu benda sangat besar,
seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

Berkata iblis: "Itulah dia zat Allah yang patut kita sembah."

Berkata orang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda
yang
benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda
besar
ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai
depan dan belakangnya.


"Sedangkan zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia
daripada sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula
keadaannya
dari yang di ketahui dulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah
benda
besar ini."

Dalam keraguan itu, Malaikat Maut datang dan terus mencabut nyawanya,
maka
matilah orang itu dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal dalam neraka
dan
terhapus segala amalan baik selama hidupnya di dunia.


Rombongan Tujuh - Rombongan iblis yang ketujuh ini membabitkan 72
barisan,
kerana dia menepati iktikad Nabi Muhammad s.a.w bahawa umat Nabi akan
terbahagi kepada 73 puak (barisan).

Satu puak saja yang benar (ahli sunnah waljamaah) manakala 72 lagi
masuk ke
neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa iblis akan mengacau dan
mengganggu
anak Adam dengan 72 macam, yang setiap satu berlainan dalam waktu
manusia
sakaratul maut.


Oleh itu hendaklah kita mengajar orang yang hampir meninggal dunia akan
talkin: "Laa Ilaaha Illallah" untuk menyelamatkan dirinya daripada
gangguan
iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang
dalam sakaratul maut. Bersesuaian dengan sebuah hadis yang bermaksud:
"Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir
mati
itu: Laa Ilaaha Illallah."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails