Saturday, May 30, 2009

AMALAN KESIHATAN MENURUT AL-QURAN



Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

6. Sabda Nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Friday, May 29, 2009

TEKA TEKI IMAM AL-GHAZALI



Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya Teka Teki :
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia ini ?"

>Murid 1 = " Orang tua "
>Murid 2 = " Guru "
>Murid 3 = " Teman "
>Murid 4 = " Kaum kerabat "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
>Murid 1 = " Negeri Cina "
>Murid 2 = " Bulan "
>Murid 3 = " Matahari "
>Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Imam Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
>Murid 1 = " Gunung "
>Murid 2 = " Matahari "
>Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."


Imam Ghazali = " Apa yang paling berat didunia "
>Murid 1 = " Baja "
>Murid 2 = " Besi "
>Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allad SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
>Murid 1 = " Kapas"
>Murid 2 = " Angin "
>Murid 3 = " Debu "
>Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "


Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali didunia ini "
>Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri "

WASIAT IMAM MALIK BIN DINAR



1. Sesiapa yang menjauhi bunga dunia maka dia mampu mengalahkan hawa nafsunya


2. Tidak akan tinggal bagi seseorang itu teman yang akan membantunya dalam urusan amalan akhirat sedangkan mereka adalah perosak terhadap hatinya

3. Istilah cintakan dunia itu dapat dilihat apabila seseorang itu tidak menyuruh antara satu sama lain dan tidak pula melarang antara satu sama lain

4. Sekadar mana engkau bersedih tentang dunia maka sekadar itu jualah akan terkeluar rasa pentingkan akhirat daripada hatimu. Sekadar mana kesedihan engkau terhadap akhirat maka sekadar itu jugalah akan keluar rasa pentingkan dunia daripada hatimu

5. Takutlah kamu terhadap sihir yang akan membahayakan hati ualma' dan akan melalaikan mereka daripada Allah iaitu dunia di ma ia merupakan suatu yang paling kuat sihirnya dan paling buruk daripada sihir Harut dan Marut. Ini adalah disebabkan sihir Harut dan Marut telah memisahkan antara suami dan isteri sedangkan sihir dunia menyebabkan terpisahnya hubungan antara hamba dan Tuhannya

6. Aku bersumpah kepadamu sekiranya bagi munafik ditumbuhi ekor maka tidak akan terdapat bagi orang mukmin itu tanah untuk dia hidup

7. Sesiapa yang menuntut ilmu untuk beramal maka Allah akan menambahkan lagi kefahamannya dan sesiapa yang menuntut ilmu bukan untuk diamalkan maka akan ditambah dengan ilmu itu perasaan bongkak

8. Sekiranya manusia itu diwajibkan membawa kitab yang tertulis segala percakapannya oleh malaikat nescaya mereka akan kurangkan percakapan

9. Sesiapa yang menyuruh manusia berbuat perkara di mana dia sendiri tidak mampu melakukannya maka dia termasuk golongan munafik melainkan jika seseorang menyoalnya tentang hukumnya

10. Pasar itu memperbanyakkan harta tetapi merosakkan agama

11. Telah berwasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya : Wahai anakku! ambillah taat kepada Allah sebagai perniagaan kerana ia akan memberi keuntungan yang besar tanpa memerlukan barangan.

12. Bukan dikira seseorang itu sebagai orang yang lemah lembut jika dia melepaskan kemarahannya terhadap keldai atau kucing

13. Sesiapa yang mampu mengalahkan syahwat hawa nafsunya terhadap dunia maka inilah yang akan memisahkan syaitan daripada bayangannya

14. Sesiapa yang menjauhi bunga kehidupan dunia maka dia akan berjaya menewaskan hawa nafsunya. Sesiapa yang gembira dengan pujian maka ia adalah batil di mana syaitan akan dapat masuk ke dalam hatinya.

15. Sesungguhnya badan itu apabila sakit maka tidak dapat memberi keselesaan kepadanya sebarang makanan, minuman dan kerehatan. Demikianlah juga dengan hati apabila tersangkut kepada kecintaan terhadap dunia maka tidak dapat memberi manfaat segala peringatan.

16. Demi Allah! Sekiranya kamu dapati bagi orang yang berbuat maksiat itu bau nescaya tiada seorang pun daripadamu dapat duduk dekatku kepada tersangat busuk bauku

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails